
Ketawa dan airmata
Itu sebenarnya cinta
Kalau kau sedih pasti ku rasa
Begitu sebaliknya
Ku senang engkau cemburu
Itu tanda kau sayangiku
Baru kau takut kehilanganku
Begitu juga aku
Ku juga suka bila kau curiga
Itu mengajarku erti setia
Apa pun sikapmu aku terima
Asalkan ada kebaikan
Walaupun sering kau ku tinggalkan
Itu tiada bermakna
Kau ku abaikan
Memang sesekali sikapmu
Membuat aku jemu
Hingga kau takku pedulikan
Untuk menyedarkan
Belum pernah ada cinta
Di dalam kehidupan manusia
Sepanjang masa bahagia
Tanpa air mata...
Friday, May 21, 2010
cinta itu ketawa dan airmata
Posted by eMo LoVe at 5/21/2010 12:03:00 PM 0 comments
jangan menangis sayang

Sampainya hati mu
Buatku tertunggu-tunggu
Kemana kau sayang
Tidur malam tak menentu
Rindu merindu selama ini
Ku takut kan menjadi kenangan
Aku menangis sayang
Bila kau tiada
Tak sanggup rasanya aku
Berjauhan dari mu
Resah hati ku
Jangan menangis sayang
Ku seperti dulu
Rindu ku hanya padamu
Cinta ku hanya untukmu
Buat selamanya
Kalau padi kata padi
Tidak aku tertampi-tampi
Kalau benci kata benci
Tidak aku nanti terus menanti
Berjanjilah kau sayang
Hanya aku di hati mu
Aku dah berjanji hanya kau di hati
Posted by eMo LoVe at 5/21/2010 11:58:00 AM 0 comments
MEMORI SEKUNTUM RINDU

Di kala sepi ini
Hatiku terluka lagi
Engkau telah mendustai
Sebuah janji
oh...sayang
Oh tak pernah ku menduga
Engkau curang dalam cinta
Budimu yang seindah dulu
Hiasan cuma
Mengapa aku
Dipersalahkan
Mengapa tidak oh dirimu
Kekasihku... oh... oh...
Dulu bercinta berjanji sumpah setia
Mengapa kini kau dustaiDulu rindu serindu-rindunya
Kini benci sebencinya
Mahu semahu-mahunya
Malu aku tak malu
Posted by eMo LoVe at 5/21/2010 11:54:00 AM 0 comments
cara memujuk...
1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah (baca tentang 5 Tips Dalam Berpasangan) dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.
2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.
3. Ucapkan kata-kata “manis”
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini. ;))
4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha…tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.
Posted by eMo LoVe at 5/21/2010 11:49:00 AM 0 comments
kenapa merajuk
Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.
1. Cemburu
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.
2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.
3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.
Posted by eMo LoVe at 5/21/2010 11:45:00 AM 0 comments
Sunday, May 09, 2010
mengimbau memori yang lalu

di malam yang dingin ini,diriku ditemani sepi..
lantas ku lampirkan secebis kertas impian yang kini tinggal hanya harapan..
penaku menari melakarkan kenangan cinta yang lalu bertintakan air mata yang setia menemani hidupku..
satu persatu kenangan aku lakarkan,mangimbas semula memori cinta yang luka...
dari terangnya matahari yang menerangi hidupku hingga gelapnya bintang tiada ditemani sang bintang..
aku yang kau sayang,aku yang kau tinggalkan..
tiada sedikitpun rasa kasihan..
cinta yang ku semai,kau persiakan...
yang tinggal kini cuma sekeping hati...tiada dipunyai dan dimiliki...
ku lipat cebisan kenangan ini,ku simpan kemas di dalam almari hatiku..
biar usang ditelan zaman,biar reput di mamah usia..biar hilang dari kotak ingatanku..
Posted by eMo LoVe at 5/09/2010 12:58:00 AM 0 comments
Thursday, May 06, 2010
bila cinta di khianati

bila kita tengah bercinta bermacam2 perasaan yang timbul seperti perasaan sayang,benci,rindu,cemburu..
bila cinta di khianati..apa yang kita rasa..
hanyalah perasaan benci dan dendam..
tidakkah kita ingat semua kenangan indah cinta kita yang dulu..
memang pedih dan sakit bila cinta yang kita semai dan baja selama ini di khianati dengan begitu mudah tanpa sedikitpun rasa bersalah dan menyesal..
cinta tak semestinya harus memiliki dan dimiliki..kadang2 kita perlu berkorban untuk orang yang kita sayang walaupun terpaksa korbankan cinta kita..
Posted by eMo LoVe at 5/06/2010 10:13:00 AM 0 comments
